Thursday, June 7, 2012

Kami Berpindah

Salam semua,

Sebagai makluman, kami sedang menaiktaraf blog ini dan terdapat kekeliruan semasa kami mendaftar dengan Google menyebabkan 2 alamat blog telah aktifkan.

Oleh itu, saya terpaksa mencuba men-update-kan ke dua-dua blog tersebut serentak supaya tiada maklumat terkini tertinggal. Disebabkan kekangan masa, saya meminta kalian semua click link di bawah untuk pembacaan info berkenaan lokasi tempat makan, aktiviti di sekitar homestay ini.


Selain itu, ie telah block blog tersebut kerana terdapat kandungan yang tidak mempunyai certificate. Sebenarnya block tersebut terhasil daripada kemasukkan Google Maps ke dalam blog ini. Oleh itu, diharapkan kalian membenarkan ie membuka block tersebut dan kami dalam proses mencari penyelesaianya...


Sunday, June 3, 2012

Penjelasan

Terima kasih kepada anda semua kerana telah berhubung dan menjadi tetamu kami.

"Tuan pegawai, saya nak tanya homestay ini berada di kawasan Tentera Udara DiRaja Malaysia ke?"
Ini adalah persoalan pertama di ajukan kepada kami bagi pemanggil pertama kali berkenalan dengan kami.

Sebenarnya homestay kami tiada kaitan dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) tetapi bermaksud Teratak Untuk Diulik Mimpi (TUDM) dan lokasinya hanyalah berdekatan dengan TUDM Butterworth iaitu landmark bagi kawasan sekitarnya.

Oleh itu, kami mengharapkan kalian semua jangan takut untuk menjadi tetamu kami selepas ini...