Thursday, June 7, 2012

Kami Berpindah

Salam semua,

Sebagai makluman, kami sedang menaiktaraf blog ini dan terdapat kekeliruan semasa kami mendaftar dengan Google menyebabkan 2 alamat blog telah aktifkan.

Oleh itu, saya terpaksa mencuba men-update-kan ke dua-dua blog tersebut serentak supaya tiada maklumat terkini tertinggal. Disebabkan kekangan masa, saya meminta kalian semua click link di bawah untuk pembacaan info berkenaan lokasi tempat makan, aktiviti di sekitar homestay ini.


Selain itu, ie telah block blog tersebut kerana terdapat kandungan yang tidak mempunyai certificate. Sebenarnya block tersebut terhasil daripada kemasukkan Google Maps ke dalam blog ini. Oleh itu, diharapkan kalian membenarkan ie membuka block tersebut dan kami dalam proses mencari penyelesaianya...


Sunday, June 3, 2012

Penjelasan

Terima kasih kepada anda semua kerana telah berhubung dan menjadi tetamu kami.

"Tuan pegawai, saya nak tanya homestay ini berada di kawasan Tentera Udara DiRaja Malaysia ke?"
Ini adalah persoalan pertama di ajukan kepada kami bagi pemanggil pertama kali berkenalan dengan kami.

Sebenarnya homestay kami tiada kaitan dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) tetapi bermaksud Teratak Untuk Diulik Mimpi (TUDM) dan lokasinya hanyalah berdekatan dengan TUDM Butterworth iaitu landmark bagi kawasan sekitarnya.

Oleh itu, kami mengharapkan kalian semua jangan takut untuk menjadi tetamu kami selepas ini...

Wednesday, May 30, 2012

Wajah Dari Setelit


Di mana Kami
Lokasi homestay di Apartment Indah, Teluk Air Tawar (Lokasi google map 5.493836°,100.381789°).
Jarak destinasi dengan kami :

a) TUDM Butterworth < 2km
b) Pantai Bersih < 5km
c) Kolej Komuniti Kepala Batas < 10km
d) Din Skot Mee Udang
e) Sek Men Sains Kepala Batas < 15km,
f) MRSM Kepala Batas

Kadar Harga

Murah dan memadai dengan budget anda

Harga : RM130/malam
Harga : RM230/2 malam (diskaun diberi untuk tempahan malam berikutnya)

Hubungai Kami : 017 650 5718 (zaidi) - sms jika panggilan tidak dijawab

Ruang Dalaman

Selesa dan ringkas itulah idea kami untuk pengunjung semua. Walaubagaimana pun keperluan asas dijaga supaya hajat semua tercapai.

Ruang Tamu
Ruang tamu dilengkapi sofa dan tv untuk anda menikmati suasana malam yang mendamaikan di samping menikmati cahaya lampu star cruse melunsuri Selat Melaka di Pulau Pinang.

Ruang Tamu
Dapur
Keperluan asas memasak disediakan seperti dapur gas, periuk, kuali, cerek yang mana ianya disimpan
di dalam kabinet.
Ringkas

Master Bedroom
Ringkas dan mencapai keperluan bagi tidur yang lena sambil mendegar siulan angin Pulau Pinang



Single Bedroom
Ruang yang ada boleh dinikmati bagi yang memerlukannya..




Homestay TUDM Butterworth

Nikmatilah 2 pemandangan dalam satu-satu masa iaitu view laut Pulau Pinang dan sawah padi menghijau dari tingkat 10.


Sawah Padi Menghijau

Kebiruan Laut Selat Melaka dan Wajah Pulau Pinang dari sudut terasing

Anda juga berpeluang melihat aksi fighter (terbang rendah kerana fighter dalam keadaan takeoff) dan bunyi pesawat pejuang Air Force TUDM terbang di kawasan homestay pada hari bekerja yang mana pengalaman ini amat dinantikan oleh anak-anak kecil.

Pembelajaran sains iaitu fighter lebih laju dari bunyi.